Username:    Password:    Remember me  
Berita Mesyuarat Agong PESAKA


Tarikh : 03/06/2011
Lokasi : Hotel Seri Malaysia Melaka
Rujukan : Facebook YM Mahaguru Tan Sri Dato' Hj. Omardin Mauju

Saturday 04 June 2011 - 12:39:54    printer friendly 

Berita Penyerahan Panji Silat Lincah Kepada Ketua Kontijen Sempena Kejuaraan Silat Remaja Kebangsaan di Melaka Yang Bermula 3 - 8 Jun 2011


Tarikh : 01/06/2011
Lokasi : Kediaman Yang Mulia Datuk Mahaguru Hj. Omardin Mauju
Rujukan : Facebook Yang Mulia Datuk Mahaguru Hj. Omardin Mauju

Thursday 02 June 2011 - 14:21:27    printer friendly 

Berita Silat Lincah Catat Kejayaan Dalam Guinness World of Records Dan The Malaysia Book of Records

OMARDIN Mauju (tengah) memegang sijil daripada Guinness World of Records dan The Malaysia Book of Records selepas 500 peserta Silat Lincah berjaya mencipta rekod bersilat 10 jam tanpa henti di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, semalam


KUALA LUMPUR 30 Mei - Kejayaan ahli Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) menjayakan aksi silat selama 10 jam tanpa henti untuk dicatatkan dalam Guinness World of Records disifatkan sebagai pencapaian terbaik anak-anak muda negara.

Mahaguru PSSLM, Datuk Omardin Mauju berkata, pencapaian membanggakan itu juga merupakan tanda sokongan berterusan pesilat-pesilat terutama golongan muda kepada Ulul Amri PSSLM, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kejayaan ini sebagai bukti pertubuhan silat terutama PSSLM akan terus memberi sokongan kepada kepimpinan Najib. Beliau (Najib) sebagai Ulul Amri PSSLM pasti berbangga dengan kejayaan anak-anak muda ini.

"Saya juga sebagai Mahaguru cukup berbangga dengan pencapaian pesilat PSSLM yang tidak mempunyai masalah untuk menyempurnakan misi ini, pesilat berumur tiga tahun dan enam tahun juga menyertainya walaupun mereka tidak secara berterusan bersilat sehingga ke pagi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kejayaan pesilat PSSLM mencatat nama dalam Guinness World of Records dan The Malaysia Book of Records apabila bersilat 10 jam 4 saat tanpa henti bermula pukul 9.20 malam semalam dan berakhir kira-kira pukul 6.20 pagi ini di Taman Tasik Titiwangsa di sini.

Ia disertai 500 pesilat pelbagai peringkat usia yang beraksi tanpa henti dengan membuat jurus asas dan diikuti selingan seni tempur dan buah pukulan di dalam silat.

Mengulas lanjut, Omardin berkata, program itu bukan sahaja bertujuan mencatatkan rekod dunia tetapi pada masa sama dapat mengangkat martabat seni silat negara di mata dunia


Rujukan Daripada Utusan Malaysia 31/5/2011


Tuesday 31 May 2011 - 11:35:41    printer friendly 

Go to page first  188 189 190 191 192 193 194 195 196 197  last
Mahaguru & Pengasas

Mahaguru

Allahyarham Mahaguru Master Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin bin Mauju, dilahirkan pada 29 Mei 1941 di Puchong, Selangor. Tetapi beliau dibesarkan di Kampung Puah, Gombak, Selangor [Lagi]

Mahaguru Muda

Megat

YM. Mahaguru Muda Datuk Wira Hj. Megat Zulkarnain Bin Tan Sri Omardin, dilahirkan pada 16 Oktober 1969 di Selangor [Lagi]


Paduka Guru Muda

 Khairudin Tajudin
Syed Johari

Paduka Guru Muda Panglima Khairuddin Bin Hj. Mustapa, Paduka Guru Muda Dr. Hj. Tajuddin Bin Hj. Mansor, Paduka Guru Muda Syed Mahmud Bin Syed Hj. Daud Dan Paduka Guru Muda Johari Bin Jantan Adalah Merupakan Paduka-Paduka Guru Muda PSSLM Yang Telah Dilantik Oleh YM Mahaguru [ Lagi]

Pendekar



Gelaran Pendekar Ialah Gelaran Istimewa Yang Hanya Akan Dikurniakan Oleh Mahaguru Kepada Pesilat-Pesilat Yang Mempunyai Kebolehan Yang Tinggi Didalam Ilmu Persilatan. [Lagi]