Username:    Password:    Remember me     
Rumah Adat



(Pelan Rumah Adat Istiadat PSSLM)



Rumah Adat merupakan sebuah balai yang dijadikan tempat penganugerahan tertinggi kepada Jurulatih-Jurulatih Kanan yang dipilih oleh YM Tan Sri Dato' Haji Omardin, Mahaguru dan Pengasas PSSLM.

Memang sudah menjadi tradisi Perguruan Silat Lincah, orang-orang yang layak menduduki Rumah Adat ini ketika upacara diadakan, selain daripada YM Dato' Mahaguru sendiri, para pemimpin negara, orang-orang kenamaan yang dipilih dan Raja-Raja yang berdaulat.

Setiap upacara yang dijalankan di Rumah Adat ini akan dilaksanakan dengan penuh adat istiadat persilatan Melayu yang diwarisi sejak zaman kegemilangan Silat Melayu pada abad yang ke - 15. Upacara penganugerahan dengan menggunakan Rumah Adat ini jarang dilakukan, kecuali apabila tiba masanya untuk penganugerahan peringkat tertinggi dalam Perguruan Silat Lincah.

Rumah Adat ini amat sederhana besarnya, mempunyai anak tangga yang tidak boleh genap jumlahnya, seperti tiga, lima, tujuh ataupun sembilan dan dibina tidak mengunakan paku.

Dalam zaman kebesaran Kerajaan Melayu Melaka di abad ke - 15, dimana para pendekar menjadi benteng pertahanan kepada ketuanan Melayu ketika itu, Rumah Adat ini dikenali sebagai Singahsana iaitu balai mengadap kepada para pembesar negeri, para saudagar besar dari luar negara dan tempat menjalankan upacara-upacara penganugerahan pingat-pingat kebesaran.

Apabila Sang Adi Putera, pelopor dan Pengasas Silat Melayu yang telah menjadi guru kepada Hang Tuah berlima sahabat telah menguasai dunia silat melayu diseluruh nusantara, singahsana yang menjadi tonggak kepada kerajaan Melayu Melaka itu ditukar menjadi Rumah Adat dalam setiap istiadat persilatan.

Oleh kerana Perguruan Silat Lincah ini berasal dari bumi Melaka iaitu Pulau Besar tempat perguruan YM Tan Sri Dato' Haji Omardin, Mahaguru dan Pengasas Silat Lincah, maka semua adat istiadat ini ikut mewarisi adat istiadat persilatan di zaman kerajaan Melayu Melaka.

Mahaguru & Pengasas

Allahyarham Mahaguru Master Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin bin Mauju, dilahirkan pada 29 Mei 1941 di Puchong, Selangor. Tetapi beliau dibesarkan di Kampung Puah, Gombak, Selangor [Lagi]

Mahaguru Muda

YM. MAHAGURU MUDA DATUK HAJI MEGAT ZULKARNAIN BIN TAN SRI OMARDIN, dilahirkan pada 16 Oktober 1969 di Selangor [ Lagi]

Paduka Guru Muda


Paduka Guru Muda Panglima Khairuddin Bin Hj. Mustapa, Paduka Guru Muda Dr. Hj. Tajuddin Bin Hj. Mansor, Paduka Guru Muda Syed Mahmud Bin Syed Hj. Daud Dan Paduka Guru Muda Johari Bin Jantan Adalah Merupakan Paduka-Paduka Guru Muda PSSLM Yang Telah Dilantik Oleh YM Mahaguru [ Lagi]

Pendekar



Gelaran Pendekar Ialah Gelaran Istimewa Yang Hanya Akan Dikurniakan Oleh Mahaguru Kepada Pesilat-Pesilat Yang Mempunyai Kebolehan Yang Tinggi Didalam Ilmu Persilatan. [Lagi]