Username:    Password:    Remember me  
Berita Limkokwing Bakal Ada Akademi Silat Lincah


CYBERJAYA 17 Jun - Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) bercadang membuka sebuah akademi silat lincah di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing dalam masa terdekat. Mahaguru PSSLM, Tan Sri Omardin Mauju berkata, kerjasama tersebut akan merintis jalan yang efektif dalam memperjuangkan silat lincah ke persada dunia memandangkan universiti tersebut mempunyai pelajar dari 145 negara. "Sudah hampir dua tahun lamanya perkara ini dibincangkan dan akhirnya ia hampir tercapai dalam masa terdekat ini," katanya pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah Pembangunan universiti tersebut, Azhar Ismail di sini semalam. Tambahnya, akademi yang bakal merangkumi pengajian teori dan praktikal itu dilihat mampu membawa silat tersebut ke Sukan Olimpik satu hari nanti. Kata Omardin, melalui akademi tersebut, penyelidikan dan pembangunan silat tersebut dapat dilakukan bagi memastikan kesinambungannya pada masa depan. Beliau juga mencadangkan supaya universiti tersebut mengambil atlet yang mewakili negara dalam sukan silat sebagai penuntut berikutan kemampuan pengajian akademik dan pembangunan sukannya yang tinggi. Tambahnya, kewujudan akademi silat itu kelak dijangka membuka lebih banyak ruang kepada pesilat untuk mendalami ilmu tersebut dengan lebih formal dan tersusun mengikut sukatan yang ditetapkan. "Pembangunan silat tempatan perlu dilakukan bersama institut pengajian tinggi (IPT) bagi menarik perhatian masyarakat luar untuk memahami budaya persilatan negara ini," ujarnya

Rujukan Daripada Utusan Malaysia 18/6/2011


Saturday 18 June 2011 - 09:47:49    printer friendly 

Berita Kunjung Hormat, ke Universiti Lim Kok Weng


Tarikh : 16/06/2011
Lokasi : Universiti Lim Kok Weng
Rujukan : Facebook YM Mahaguru Tan Sri Dato' Hj. Omardin Mauju

Friday 17 June 2011 - 14:51:09    printer friendly 

Berita Sekitar Pengambaran MAJALAH TV 'PENCAK'


Tarikh : 10/06/2011
Lokasi : Kediaman YM Mahaguru Tan Sri Dato' Hj. Omardin Mauju
Rujukan : Facebook YM Mahaguru Tan Sri Dato' Hj. Omardin Mauju

Saturday 11 June 2011 - 10:12:31    printer friendly 

Go to page first  186 187 188 189 190 191 192 193 194 195  last
Mahaguru & Pengasas

Mahaguru

Allahyarham Mahaguru Master Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin bin Mauju, dilahirkan pada 29 Mei 1941 di Puchong, Selangor. Tetapi beliau dibesarkan di Kampung Puah, Gombak, Selangor [Lagi]

Mahaguru Muda

Megat

YM. Mahaguru Muda Datuk Wira Hj. Megat Zulkarnain Bin Tan Sri Omardin, dilahirkan pada 16 Oktober 1969 di Selangor [Lagi]


Paduka Guru Muda

 Khairudin Tajudin
Syed Johari

Paduka Guru Muda Panglima Khairuddin Bin Hj. Mustapa, Paduka Guru Muda Dr. Hj. Tajuddin Bin Hj. Mansor, Paduka Guru Muda Syed Mahmud Bin Syed Hj. Daud Dan Paduka Guru Muda Johari Bin Jantan Adalah Merupakan Paduka-Paduka Guru Muda PSSLM Yang Telah Dilantik Oleh YM Mahaguru [ Lagi]

Pendekar



Gelaran Pendekar Ialah Gelaran Istimewa Yang Hanya Akan Dikurniakan Oleh Mahaguru Kepada Pesilat-Pesilat Yang Mempunyai Kebolehan Yang Tinggi Didalam Ilmu Persilatan. [Lagi]