Username:    Password:    Remember me     
Penyelidikan

Unit UPPSL ini telah ditubuhkan bagi menjalankan kajian serta projek pembangunan berteraskan persilatan , pendidikan dan ilmiah. Antara penyelidikan yang dijalankan keatas Senaman Jurus Lincah ia mampu memberikan satu kaedah baru dalam pengurangan penagihan. Dalam merealisasikan hasrat Kerajaan Malaysia , teknik senaman dan faedah pengamalan senaman mampu memberikan kekuatan rohani kepada penagih untuk menjauhkan diri dari penyalahgunaan dadah. Ia juga dapat menyelamatkan generasi muda pada masa kini dari belengu yang tidak bermoral seperti gejala sosial dan dadah. Seni Silat Lincah Malaysia melalui Unit Penyelidikan Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia UPPSL, telah menghasilkan satu kaedah senaman Jurus Lincah yang mampu membanteras kadar penagihan.





Gambar : Ketua Jurulatih Senam Lincah . Cikgu Syafie Omar menunjukkan salah satu modul senam.





Gambar : Allahyarham YM Mahaguru Master Tan Sri Datuk Wira Haji Omar Din bin Mauju menunjukkan buku Senaman Jurus Lincah. Di belakangnya,Guru Muda Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, Tuan Haji Megat Zulkarnain Omardin (kiri) dan Ketua Jurulatih Senaman Jurus Lincah, Cikgu Mohd Shaffie Omar.


Mahaguru & Pengasas

Allahyarham Mahaguru Master Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin bin Mauju, dilahirkan pada 29 Mei 1941 di Puchong, Selangor. Tetapi beliau dibesarkan di Kampung Puah, Gombak, Selangor [Lagi]

Mahaguru Muda

YM. MAHAGURU MUDA DATUK HAJI MEGAT ZULKARNAIN BIN TAN SRI OMARDIN, dilahirkan pada 16 Oktober 1969 di Selangor [ Lagi]

Paduka Guru Muda


Paduka Guru Muda Panglima Khairuddin Bin Hj. Mustapa, Paduka Guru Muda Dr. Hj. Tajuddin Bin Hj. Mansor, Paduka Guru Muda Syed Mahmud Bin Syed Hj. Daud Dan Paduka Guru Muda Johari Bin Jantan Adalah Merupakan Paduka-Paduka Guru Muda PSSLM Yang Telah Dilantik Oleh YM Mahaguru [ Lagi]

Pendekar



Gelaran Pendekar Ialah Gelaran Istimewa Yang Hanya Akan Dikurniakan Oleh Mahaguru Kepada Pesilat-Pesilat Yang Mempunyai Kebolehan Yang Tinggi Didalam Ilmu Persilatan. [Lagi]