Username:    Password:    Remember me  
Upacara Adat

Upacara Perasmian Gelanggang



Perasmian Gelanggang adalah upacara yang menjadi identiti kepada silat lincah di mana upacara ini membawa erti sebagai pengiktirafan secara rasmi menjadi ahli silat lincah dan menjadi anak murid kepada Y.m Mahaguru. Menjelang upacara ini akan diperturunkan amalan yang pertama kepada anak-anak lincah untuk diamalkan. Ahli hanya perlu membayar RM 15.00 untuk upacara kenduri dan RM 3.00 untuk Wang Adat dan Wang Adat tersebut akan di berikan kepada Y.m Mahaguru. Manakala barang-barang yang perlu ada semasa perasmian gelanggang ialah:


sehelai sejadah
4 bekas bara
Arang
kemenyan 1 pinggan
tanah gelanggang 1 pinggan
tikar mengkuang segulung



Upacara Tamat Langkah (Berlimau)



Upacara tamat langkah (berlimau) diwajibkan keatas ahli yang mendapat amalan pertama. Upacara tamat pada kebiasaannya dijalankan selepas Isyak. Upacara tersebut akan dijalankan oleh mahaguru atau wakil yang dilantik dan diizinkan olehnya. Sewaktu menjalani upacara ini ahli-ahli akan diuji dengan pelbagai ujian untuk mengetahui sejauh mana ketahanan serta keupayaan ahli di dalam menerima pelajaran serta amalan lincah di samping menguji kesabaran dan disiplin ahli sewaktu menjalani tempoh pantang larang selama seminggu. Antara pantang larang yang dikenakan ke atas ahli ialah :-


Tidak boleh membunuh binatang
Tidak boleh bercukur,memotong rambut,memotong kuku
Tidak boleh membuat perkara yang tidak baik
Tidak boleh memusnahkan benda-benda hidup dan menceraikannya.

Barang-barang adat tamat yang perlu dibawa oleh setiap ahli
Limau nipis 3 biji
Garam jantan 3 ketul
Pinggan putih
Pulut kuning 1 gelanggang
Kemenyan 3 ketul
Kain putih mengikut bilangan ahli iaitu 1 meter setiap seorang
Segenggam beras
Wang Adat sebanyak RM 10.25 sen
Paku berukuran 3 inci sebanyak 3 batang
Wang persiapan upacara sebanyak RM 5.00

Barang-barang adat satu persalinan untuk jurulatih disediakan oleh gelanggang :-
Kain hitam 4 meter
Songkok
Capal sepasang mengikut taraf jurulatih

Barang-barang Persiapan Untuk Upacara Tamat :-
Senaskah Al-Quran
Rehal
Sejadah
Bekas Bara
Arang
Pasu
Dulang
Pisau yang tajam
Jug air
Cawan bertangkai beserta piring
1 pinggan garam jantan
1 pinggan kemenyan ditumbuk halus
1 pinggan pulut kuning yang telah dibulat kecil kecil
Tikar mengkuang
Barang ujian senjata secukupnya





Upacara Penyampaian Ijazah



Upacara Penyampaian Ijazah adalah satu upacara dimana seseorang ahli akan menerima tauliahan dan pengurniaan mengikut taraf dan keistimewaan beliau. Istiadat tersebut dianggap suatu upacara tahunan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh ahli silat lincah kerana ia adalah perhimpunan bagi ahli-ahli silat lincah. Pada perhimpunan ini segala kebolehan mereka dapat diketahui dari hasil nilaian mahaguru setakat mana kesungguhan dan keistimewaan seseorang itu. Mahagurulah yang bakal menentukan kedudukan mereka setelah menjalani berbagai-bagai ujian untuk menerima tauliahan mengikut peringkat. Bagi seseorang ahli biasa yang dianggap berkelayakan untuk bergelar jurulatih, beliau akan dikurniakan sebarang selendang yang dianggap layak disandang olehnya.Bagi jurulatih pula mereka akan menaiki peringkat yang lebih tinggi mengikut selendang atau bengkung yang disandang. Pada upacara penyampaian ijazah tersebut anugerah-anugerah yang dikurniakan oleh mahaguru ialah selendang hijau, selendang kuning, selendang merah dan bengkung mengikut taraf(hijau,kuning.merah), pakaian makhta, pengurnian keris pusaka kepada yang layak dan selendang kehormat akan diberi kepada seseorang yang telah banyak berjasa dan berkorban khususnya kepada ahli perseorangan, penaung, penasihat, AJK dan ahli pertubuhan ini sendiri






Mahaguru & Pengasas

Mahaguru

Allahyarham Mahaguru Master Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin bin Mauju, dilahirkan pada 29 Mei 1941 di Puchong, Selangor. Tetapi beliau dibesarkan di Kampung Puah, Gombak, Selangor [Lagi]

Mahaguru Muda

Megat

YM. Mahaguru Muda Datuk Wira Hj. Megat Zulkarnain Bin Tan Sri Omardin, dilahirkan pada 16 Oktober 1969 di Selangor [Lagi]


Paduka Guru Muda

 Khairudin Tajudin
Syed Johari

Paduka Guru Muda Panglima Khairuddin Bin Hj. Mustapa, Paduka Guru Muda Dr. Hj. Tajuddin Bin Hj. Mansor, Paduka Guru Muda Syed Mahmud Bin Syed Hj. Daud Dan Paduka Guru Muda Johari Bin Jantan Adalah Merupakan Paduka-Paduka Guru Muda PSSLM Yang Telah Dilantik Oleh YM Mahaguru [ Lagi]

Pendekar



Gelaran Pendekar Ialah Gelaran Istimewa Yang Hanya Akan Dikurniakan Oleh Mahaguru Kepada Pesilat-Pesilat Yang Mempunyai Kebolehan Yang Tinggi Didalam Ilmu Persilatan. [Lagi]