Username:    Password:    Remember me  
Berita Omardin Beransur Pulih


KUALA LUMPUR 10 Jan. - Keadaan Mahaguru Silat Lincah, Datuk Omardin Mauju yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat serangan jantung semalam, kini dilaporkan beransur pulih dan stabil. Perkara itu disahkan oleh anak sulung beliau, Megat Zulkarnain yang turut memberitahu, bapanya telah dikeluarkan dari Unit Rawatan Koronari (CCU) dan ditempatkan ke Wad Bunga Raya IJN. Menurut Megat Zulkarnain, bapanya masih lagi di bawah pengawasan doktor walaupun telah ditempatkan di Wad Bunga Raya. "Alhamdulillah, ayah berada dalam keadaan stabil dan sedar. Kami sekeluarga mendoakan kesihatannya supaya segera pulih," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Omardin dimasukkan ke IJN akibat serangan jantung kira-kira pukul 8 malam. Beliau pada mulanya dikejarkan ke Hospital Selayang sebelum diarahkan untuk dirujuk ke IJN. Sementara itu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim turut melawat pengasas silat lincah itu petang ini. Beliau memberitahu, doktor pakar IJN memaklumkan bahawa Omardin yang dimasukkan ke hospital berkenaan tiga hari lepas berada di dalam keadaan stabil dan tidak serius. "Jadi sebagai seorang sahabat karib, saya datang pada petang ini untuk bersama-sama melihat beliau supaya keceriaan beliau terus menerus wujud," katanya.

Rujukan Dari Utusan Malaysia 11/1/2010


Monday 11 January 2010 - 13:38:50    printer friendly 

Berita Omardin Dimasukkan ke IJN

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Mahaguru Silat Lincah, Datuk Omardin Mauju dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini akibat serangan jantung kira-kira pukul 8 malam tadi. Anak sulung beliau, Megat Zulkarnain berkata, bapanya pada mulanya dikejarkan ke Hospital Selayang sebelum dirujuk ke IJN. Menurutnya, bapanya kini ditempatkan di Unit Rawatan Koronari (CCU) dan dalam keadaan stabil di bawah pemantauan pakar jantung, Datuk Dr. Amin Ariss. “Kami dimaklumkan bahawa IJN akan membuat rawatan dan pemeriksaan susulan ke atas bapa saya Isnin ini,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia petang ini. Megat Zulkarnain mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Hospital Selayang diketuai Ketua Jabatan Pakar Perubatan Kecemasan, Dr. Mohamed Alwi Abdul Rahman yang bertungkus-lumus merawat bapanya itu.

Rujukan Dari Utusan Malaysia 10/1/2010


Monday 11 January 2010 - 13:35:37    printer friendly 

Berita Anak Mahaguru Silat Raih 7A


Rujukan Dari Utusan Malaysia 26/12/2009

Monday 28 December 2009 - 14:08:32    printer friendly 

Go to page first  218 219 220 221 222 223 224 225 226 227 
Mahaguru & Pengasas

Mahaguru

Allahyarham Mahaguru Master Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin bin Mauju, dilahirkan pada 29 Mei 1941 di Puchong, Selangor. Tetapi beliau dibesarkan di Kampung Puah, Gombak, Selangor [Lagi]

Mahaguru Muda

Megat

YM. Mahaguru Muda Datuk Wira Hj. Megat Zulkarnain Bin Tan Sri Omardin, dilahirkan pada 16 Oktober 1969 di Selangor [Lagi]


Paduka Guru Muda

 Khairudin Tajudin
Syed Johari

Paduka Guru Muda Panglima Khairuddin Bin Hj. Mustapa, Paduka Guru Muda Dr. Hj. Tajuddin Bin Hj. Mansor, Paduka Guru Muda Syed Mahmud Bin Syed Hj. Daud Dan Paduka Guru Muda Johari Bin Jantan Adalah Merupakan Paduka-Paduka Guru Muda PSSLM Yang Telah Dilantik Oleh YM Mahaguru [ Lagi]

Pendekar



Gelaran Pendekar Ialah Gelaran Istimewa Yang Hanya Akan Dikurniakan Oleh Mahaguru Kepada Pesilat-Pesilat Yang Mempunyai Kebolehan Yang Tinggi Didalam Ilmu Persilatan. [Lagi]