Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin 1441H | 2020


 psslm    20 May 2020 : 09:00
 None    Misc

Salam Aidilfitri buat semua


SalamAidilfitri2020

Salam Aidilfitri buat semua

Bersamalah kita raikan dengan kegembiraan dan kebahagiaan biarpun tahun ini kita diuji dengan Covid-19.

Aidilfitri adalah hadiah daripada Allah s.w.t , setelah sebulan kita taat beribadah di bulan Ramadhan

Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Anas bin Malik r.a berkata: “Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu.

Lalu baginda bersabda: "Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah."

Sabdanya lagi: " Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.”

- Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.

10 jari kami susun, mohon kemaafan atas segala salah dan silap. Semoga kita semua diberi keberkatan, perlindungan dan kasih -sayang daripada Allah.



printer friendly





This news item is from Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia
http://www.silatlincah.com.my/v3/news.php?extend.672