Username:    Password:    Remember me  

Berita

Berita Majlis Bacaan Yasin & Tahlil 2023

MajlisTahlil2023

Pada 25 Mac 2023 Bertempat Di KLMO Telah Di Adakan Majlis Bacaan Yasin & Tahlil. Majlis Ini Di Adakan Pada Setiap 3 Ramadhan Sempena Kepulangan Ke Rahmatullah Allahyarham Mahaguru Tan Sri Omardin Mauju Pada 3 Ramadan 2015. Majlis Telah Dihadiri Oleh YM Datuk Mahaguru Muda, Ahli-Ahli Majlis Tertinggi, Jurulatih-Jurulatih Dan Ahli-Ahli PSSLM. Semoga Roh Allahyarham Mahaguru Tan Sri Omardin Mauju Di Tempat Bersama Dengan Golongan Orang-Orang Yang Beriman


Tuesday 28 March 2023 - 08:51:01    printer friendly 

Berita Majlis Perasmian Gelanggang Negeri Pahang Zon Kuantan

PerasmianPahang

Pada 18 Mac 2023 Bertempat Di Gelanggang Induk Kampung Padang Telah Diadakan Majlis Perasmian Gelanggang Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Zon Kuantan. Seramai 104 Orang Ahli PSSLM Telah Mengambil Bahagian Dalam Majlis Ini. Majlis Ini Telah Dirasmikan Oleh Pendekar Pahang Iaitu Paduka Abdul Aziz bin Abdul Majid, Pengerusi Penaja PESAKA Kuantan, Pahang.


Tuesday 28 March 2023 - 08:36:14    printer friendly 

Berita Majlis Tamat Berlimau PSSLM Selangor 2023

BerlimauSelangor2023

Majlis Tamat Berlimau Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Peringkat Negeri Selangor, 7 Januari 2023. Upacara diadakan di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin. Majlis Telah Disempurnakan Oleh YM Datuk Mahaguru Muda PSSLM.

Turut Hadir Bersama Ialah Paduka-Paduka Guru Muda, Penyandang-Penyandang Selendang Hitam Dan Jurulatih-Jurulatih PSSLM. Seramai 105 Orang Ahli Telah Menyertai Upacara Ini.


Sunday 08 January 2023 - 08:00:14    printer friendly 

Go to page 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10  last
Mahaguru & Pengasas

Mahaguru

Allahyarham Mahaguru Master Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin bin Mauju, dilahirkan pada 29 Mei 1941 di Puchong, Selangor. Tetapi beliau dibesarkan di Kampung Puah, Gombak, Selangor [Lagi]

Mahaguru Muda

Megat

YM. Mahaguru Muda Datuk Wira Hj. Megat Zulkarnain Bin Tan Sri Omardin, dilahirkan pada 16 Oktober 1969 di Selangor [Lagi]


Paduka Guru Muda

 Khairudin Tajudin
Syed Johari

Paduka Guru Muda Panglima Khairuddin Bin Hj. Mustapa, Paduka Guru Muda Dr. Hj. Tajuddin Bin Hj. Mansor, Paduka Guru Muda Syed Mahmud Bin Syed Hj. Daud Dan Paduka Guru Muda Johari Bin Jantan Adalah Merupakan Paduka-Paduka Guru Muda PSSLM Yang Telah Dilantik Oleh YM Mahaguru [ Lagi]

Pendekar



Gelaran Pendekar Ialah Gelaran Istimewa Yang Hanya Akan Dikurniakan Oleh Mahaguru Kepada Pesilat-Pesilat Yang Mempunyai Kebolehan Yang Tinggi Didalam Ilmu Persilatan. [Lagi]