Username:    Password:    Remember me  
Berita Pesilat Perlu Elak Gejala Negatif





PERMATANG PAUH 20 Mei - Ahli dan pejuang silat di negara ini diingatkan supaya tidak menyimpang daripada asas seni bela diri itu untuk membela agama, bangsa dan negara dengan melakukan perkara negatif.

Biarpun hanya segelintir daripada lebih empat juta ahli kepada 434 cabang silat di Malaysia yang mungkin tersasar daripada perjuangan, namun perkara tersebut terpalit kepada pertubuhan silat itu sendiri.

Mahaguru Muda merangkap Pengerusi Majlis Tertinggi Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, tindakan sebahagian ahli itu menyebabkan nama seni persilatan dipandang serong.

“Apa yang penting adalah semua pihak harus pertahankan seni warisan bangsa ini yang menjadi benteng pertahanan diri yang kukuh dan utuh,” katanya selepas majlis Perhimpunan dan Penganugerahan PSSLM 2017 di Seberang Jaya, di sini hari ini.

Perasmian majlis itu disempurnakan Yang Dipertua Negeri, Tun Dr. Abdul Rahman Abbas yang juga Ulil Amri 1 PSSLM.

Yang turut hadir Yang Dipertua PSSLM negeri, Abdul Aziz Shaik Ahmad.

Dalam majlis itu, tiga individu turut menerima selendang pengiktirafan kehormat tertinggi iaitu Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman; Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said dan Abdul Aziz sendiri.

Selain itu, seramai lima individu yang telah berada lebih 40 tahun di dalam PSSLM turut menerima anugerah Selendang Hitam.

Sejak diasaskan oleh Allahyarham Tan Sri Omardin Mauju yang meninggal dunia pada Jun 2015, PSSLM mempunyai kira-kira 1.1 juta ahli.

Megat Zulkarnain yang juga Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) berkata, bagi meningkatkan taraf silat yang telah diiktiraf sebagai seni bela diri utama negara, pihaknya juga bekerjsama dengan Kementerian Pendidikan untuk memperkenalkan 1 Sekolah 1 Silat menjelang 2020.

“Selain akademik, silat juga mampu merangsang minda pelajar untuk lebih kreatif, kritis serta menjadikan mereka seorang yang memiliki disiplin kukuh.

“Silat juga menawarkan diri sebagai ejen perubahan untuk menghalang pelajar terlibat gejala sosial yang boleh merosakkan mereka selain menjadi pelindung sekiranya diganggu di sekolah,” katanya.

Rujukan Daripada Utusan Online 21/5/2017


Monday 22 May 2017 - 10:20:32    printer friendly 

Mahaguru & Pengasas

Mahaguru

Allahyarham Mahaguru Master Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin bin Mauju, dilahirkan pada 29 Mei 1941 di Puchong, Selangor. Tetapi beliau dibesarkan di Kampung Puah, Gombak, Selangor [Lagi]

Mahaguru Muda

Megat

YM. Mahaguru Muda Datuk Wira Hj. Megat Zulkarnain Bin Tan Sri Omardin, dilahirkan pada 16 Oktober 1969 di Selangor [Lagi]


Paduka Guru Muda

 Khairudin Tajudin
Syed Johari

Paduka Guru Muda Panglima Khairuddin Bin Hj. Mustapa, Paduka Guru Muda Dr. Hj. Tajuddin Bin Hj. Mansor, Paduka Guru Muda Syed Mahmud Bin Syed Hj. Daud Dan Paduka Guru Muda Johari Bin Jantan Adalah Merupakan Paduka-Paduka Guru Muda PSSLM Yang Telah Dilantik Oleh YM Mahaguru [ Lagi]

Pendekar



Gelaran Pendekar Ialah Gelaran Istimewa Yang Hanya Akan Dikurniakan Oleh Mahaguru Kepada Pesilat-Pesilat Yang Mempunyai Kebolehan Yang Tinggi Didalam Ilmu Persilatan. [Lagi]