Username:    Password:    Remember me  
Berita Majlis Santai Jamuan Makan Bersama YM Datuk Mahaguru Muda PSSLM


Majlis

Assalamualaikum wbt.

Yang Mulia Mahaguru Muda PSSLM, Datuk Hj Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin, menzahirkan rasa syukur dan sukacita, di atas pertemuan ringkas dan santai malam td ( 27 Jun 2020).

Tahniah & terima kasih dpd beliau untuk semua.

Aturcara :

Solat Isyak berjemaah
Tahlil ( Almarhum Mahaguru dan Almarhumah Wan Zurina )
Ucapan aluan / amanat Mahaguru Muda
Jamuan

Pengisian amanat Mahaguru Muda :

Rapatkan ukhwah dan silaturrahim antara kita khususnya anak2 Lincah.

Jurulatih2 sudah boleh membuka gelanggang semula* dengan syarat *mematuhi mSOP kerajaan, KBS dan PESAKA

Orang-orang Melayu khususnya anak2 Lincah perlu bersedia untuk menyimpan (wang/aset) oleh kerana moratorium pemberian kerajaan akan selesai lagi beberapa bulan.

Keadaan ekonomi kita akan menjadi lebih teruk, sekiranya kita tidak bersedia.

Orang2 Melayu dikhuatiri tidak pandai menyimpan malah tidak ada apa2 aset untuk disimpan bagi bersedia menghadapi situasi berkenaan.

Mahaguru Muda menzahirkan ucapan dan doa semoga kita semua dilindungi oleh Allah swt.

Sekian, laporan ringkas.

Mohd Al-Faiz Abd Hamid.
SU MT.


Saturday 27 June 2020 - 23:50:00    printer friendly 

Berita Dirgahayu Tuanku Daulat Tuanku


DaulatTuanku


Dirgahayu Tuanku Daulat Tuanku

Patik Sekalian Merafak Sembah Salam Tahniah

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

Sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI

Pada 8 Jun 2020 | 16 Syawal 1441H

Semoga Allah s.w.t merahmati pemerintahan Tuanku.

Raja dan Rakyat Berpisah Tiada.


Sunday 07 June 2020 - 08:10:44    printer friendly 

Berita Tahniah Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri (Dr) Mohd Ali Rustam


Tahniah

Tahniah Dan Syabas diucapkan kepada bekas Ketua Menteri Melaka yang juga Presiden PESAKA Malaysia dan Penyandang Selendang Kehormat Tertinggi PSSLM, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri (Dr) Mohd Ali Rustam bakal melakar sejarah tersendiri selepas 63tahun apabila menjadi anak negeri yg pertama dilantik sebagai yang di-Pertua Negeri Melaka

Semoga melaka makmur dan dirgahayu di bawah pentadbiran beliau, amin


Thursday 04 June 2020 - 16:00:00    printer friendly 

Go to page first  13 14 15 16 17 18 19 20 21 22  last
Mahaguru & Pengasas

Mahaguru

Allahyarham Mahaguru Master Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin bin Mauju, dilahirkan pada 29 Mei 1941 di Puchong, Selangor. Tetapi beliau dibesarkan di Kampung Puah, Gombak, Selangor [Lagi]

Mahaguru Muda

Megat

YM. Mahaguru Muda Datuk Wira Hj. Megat Zulkarnain Bin Tan Sri Omardin, dilahirkan pada 16 Oktober 1969 di Selangor [Lagi]


Paduka Guru Muda

 Khairudin Tajudin
Syed Johari

Paduka Guru Muda Panglima Khairuddin Bin Hj. Mustapa, Paduka Guru Muda Dr. Hj. Tajuddin Bin Hj. Mansor, Paduka Guru Muda Syed Mahmud Bin Syed Hj. Daud Dan Paduka Guru Muda Johari Bin Jantan Adalah Merupakan Paduka-Paduka Guru Muda PSSLM Yang Telah Dilantik Oleh YM Mahaguru [ Lagi]

Pendekar



Gelaran Pendekar Ialah Gelaran Istimewa Yang Hanya Akan Dikurniakan Oleh Mahaguru Kepada Pesilat-Pesilat Yang Mempunyai Kebolehan Yang Tinggi Didalam Ilmu Persilatan. [Lagi]