Username:    Password:    Remember me  
Misc Dirgahayu Tuanku Daulat Tuanku


DaulatTuanku


Dirgahayu Tuanku Daulat Tuanku

Patik Sekalian Merafak Sembah Salam Tahniah

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

Sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI

Pada 8 Jun 2020 | 16 Syawal 1441H

Semoga Allah s.w.t merahmati pemerintahan Tuanku.

Raja dan Rakyat Berpisah Tiada.


Sunday 07 June 2020 - 08:10:44    printer friendly 

Misc Tahniah Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri (Dr) Mohd Ali Rustam


Tahniah

Tahniah Dan Syabas diucapkan kepada bekas Ketua Menteri Melaka yang juga Presiden PESAKA Malaysia dan Penyandang Selendang Kehormat Tertinggi PSSLM, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri (Dr) Mohd Ali Rustam bakal melakar sejarah tersendiri selepas 63tahun apabila menjadi anak negeri yg pertama dilantik sebagai yang di-Pertua Negeri Melaka

Semoga melaka makmur dan dirgahayu di bawah pentadbiran beliau, amin


Thursday 04 June 2020 - 16:00:00    printer friendly 

Misc Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin 1441H | 2020


SalamAidilfitri2020

Salam Aidilfitri buat semua

Bersamalah kita raikan dengan kegembiraan dan kebahagiaan biarpun tahun ini kita diuji dengan Covid-19.

Aidilfitri adalah hadiah daripada Allah s.w.t , setelah sebulan kita taat beribadah di bulan Ramadhan

Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Anas bin Malik r.a berkata: “Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu.

Lalu baginda bersabda: "Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah."

Sabdanya lagi: " Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.”

- Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.

10 jari kami susun, mohon kemaafan atas segala salah dan silap. Semoga kita semua diberi keberkatan, perlindungan dan kasih -sayang daripada Allah.


Wednesday 20 May 2020 - 09:00:45    printer friendly 

Go to page first  5 6 7 8 9 10 11 12 13 14  last
Mahaguru & Pengasas

Allahyarham Mahaguru Master Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin bin Mauju, dilahirkan pada 29 Mei 1941 di Puchong, Selangor. Tetapi beliau dibesarkan di Kampung Puah, Gombak, Selangor [Lagi]

Mahaguru Muda

YM. Mahaguru Muda Datuk Hj. Megat Zulkarnain Bin Tan Sri Omardin, dilahirkan pada 16 Oktober 1969 di Selangor [Lagi]


Paduka Guru Muda


Paduka Guru Muda Panglima Khairuddin Bin Hj. Mustapa, Paduka Guru Muda Dr. Hj. Tajuddin Bin Hj. Mansor, Paduka Guru Muda Syed Mahmud Bin Syed Hj. Daud Dan Paduka Guru Muda Johari Bin Jantan Adalah Merupakan Paduka-Paduka Guru Muda PSSLM Yang Telah Dilantik Oleh YM Mahaguru [ Lagi]

Pendekar



Gelaran Pendekar Ialah Gelaran Istimewa Yang Hanya Akan Dikurniakan Oleh Mahaguru Kepada Pesilat-Pesilat Yang Mempunyai Kebolehan Yang Tinggi Didalam Ilmu Persilatan. [Lagi]