Ujian Tamat Latihan

Assalamualaikum Kepada Semua Ahli-Ahli Silat Lincah Negeri Selangor , Malam Ini Jam 9.00 Malam Bertempat Di Gelanggang Tasik Biru Kundang, Saya Akan Membuat Ujian Tamat Latihan Kepada Semua Ahl-Ahli Tasik Biru. Kita Jumpa Disana.

-YM Mahaguru Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin Bin Mauju-


IPOH 1 Feb. - Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) akur dengan permintaan kerajaan untuk mengekalkan harga makanan serta minuman walaupun berlaku kenaikan harga barangan baru-baru ini.

Penasihatnya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, persetujuan itu telah dinyatakan mereka dalam satu jamuan makan malam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, minggu lalu.

"Dalam majlis itu, Perdana Menteri minta kerjasama semua ahli untuk kenakan bayaran yang berpatutan, bukan beliau suruh turunkan harga pun. Kami akur dengan saranannya.

"Sebenarnya, kami buat 'road show' sahaja, tetapi tak ada cadangan untuk naikkan harga kerana kalau boleh, kami mahukan jumlah jualan yang lebih banyak meskipun keuntungannya sedikit," katanya yang memberi penjelasan pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Persatuan India Muslim Perak (PRIM), di sini malam tadi.

Majlis itu dirasmikan Presiden Majlis Pendekar Malaysia (MPM), Tan Sri Omardin Mauju dan turut dihadiri Presiden PRIM, Arib Aliah.

Baru-baru ini, Presiden Presma, Noorul Hassan Saul Hameed memberitahu pihaknya akan menjelajah seluruh negara untuk memberi taklimat kepada kira-kira 6,000 ahlinya berhubung cadangan kenaikan makanan dan minuman.

Beliau membuat cadangan itu selepas mendapati kos operasi restoran ahli-ahli Presma meningkat hingga mengurangkan keuntungan berbanding sebelum ini.

Bagaimanapun, Omardin dalam ucapannya menegur tindakan berkenaan yang disifatkannya hanya membebankan rakyat.

Omardin turut merayu seluruh restoran India Muslim di negara ini menurunkan harga makanan dan minuman.

Rujukan Daripada Mingguan Malaysia 2/02/2014


Tarikh : 20/01/2014
Lokasi : Pejabat Punb
Rujukan : Facebook YM Mahaguru Tan Sri Datuk Wira Hj. Omardin Mauju


Tarikh : 07/01/2014
Lokasi : Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC
Rujukan : Facebook YM Mahaguru Tan Sri Datuk Wira Hj. Omardin Mauju

Kecam Demonstrasi Jalanan


Rujukan Daripada Utusan Malaysia 31/12/2013


Rujukan Daripada Utusan Malaysia 29/12/2013


KUALA LUMPUR 22 Dis. - Majlis Pendekar Malaysia (MPM) memberi amaran kepada dalang di sebalik rancangan Himpunan Guling Kerajaan pada 31 Disember ini supaya tidak bersikap biadap.

Penasihat Kehormat MPM, Datuk Ahmad Maslan berkata, perbuatan menyebarkan poster berunsur provokasi dengan tujuan menghasut rakyat mengadakan perhimpunan menggulingkan kerajaan itu tidak sepatutnya berlaku kerana boleh menghakis perpaduan.

Hentikan perbuatan yang tidak mendatangkan kebaikan kepada negara. Ini semua kerja sia-sia.

Jika mahu berbincang atau serah memorandum kepada kerajaan, buatlah dengan cara baik dan lebih beradab kerana negara kita masih ada undang-undang," katanya selepas Majlis Perasmian Persidangan Agung Tahunan MPM kali kedua di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Presiden MPM, Tan Sri Omardin Mauju dan Ketua Satria Muda MPM, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din.

Pada majlis itu, enam atlet yang mengharumkan nama negara dalam Sukan SEA Myanmar 2013 bagi kategori seni mempertahankan diri menerima sumbangan khas MPM.

Antara penerimanya adalah Nor Hamizah Abu Hasan dan Nur Syazreen A. Malik yang meraih pingat emas dalam acara pencak silat dan Tai Cheau Xuen yang merangkul pingat emas dalam acara wushu.

Sementara itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan menggesa pasukan keselamatan mengambil tindakan segera terhadap pihak yang ingin memporak-perandakan keamanan serta memecahbelahkan keharmonian rakyat.

Kerajaan sentiasa mengamalkan konsep keterbukaan dalam mendengar segala permasalahan atau kehendak rakyat, jadi tiada sebab untuk kita mengadakan perhimpunan sedemikian," tegasnya.


Rujukan Daripada Utusan Malaysia 23/12/2013


Tarikh : 18/12/2013
Lokasi : Kompleks Lincah Mahaguru Omardin
Rujukan : Facebook YM Mahaguru Tan Sri Datuk Wira Hj. Omardin Mauju


Tarikh : 14/12/2013
Lokasi : Kompleks Lincah Mahaguru Omardin
Rujukan : Facebook YM Mahaguru Tan Sri Datuk Wira Hj. Omardin Mauju


Rujukan Daripada Utusan Malaysia 09/12/2013

Go to page   <<        >>