- Comments:
- Category: Misc


PULAU PINANG 24 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semangat kesetiaan dan disiplin tinggi yang ada pada pertubuhan seni mempertahankan diri patut dijadikan contoh untuk mengekalkan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Perdana Menteri berkata, meskipun pertubuhan-pertubuhan tersebut diasaskan oleh kaum tertentu tetapi mereka tidak pernah bermusuhan, sebaliknya sentiasa hormat-menghormati di antara satu sama lain.
"Kita tubuhkan silat bukan kerana menganggap taekwondo sebagai musuh. Taekwondo ditubuhkan pula bukan kerana silambam musuh mereka. Namun, kita menubuhkannya sebab mahu mewujudkan nilai-nilai murni kepada rakyat," katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Malam Pendekar 1Malaysia di Dataran Anjung, Penang Times Square di sini malam ini.
Perhimpunan anjuran Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) itu disertai lebih 10,000 orang daripada kira-kira 80 pertubuhan seni mempertahankan diri pelbagai kaum dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka), Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Penaung PSSLM, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Mahaguru PSSLM, Tan Sri Omardin Mauju.
Najib yang juga Ulul Amri III PSSLM memberitahu, semangat seperti itu juga yang ditunjukkan oleh pemimpin pelbagai kaum semasa menuntut kemerdekaan negara dulu.
"Mereka pemimpin pelbagai kaum sanggup mengetepikan segala perbezaan kerana bagi mereka tiada yang lebih penting melainkan mencapai bangsa merdeka dan berjaya," ujarnya.
Pada majlis itu, Najib turut menganugerahkan Tokoh Silat kepada tiga individu yang telah meninggal dunia dan memberi sumbangan besar dalam seni mempertahankan diri iaitu Sheikh Gulameh Sheikh Ahmad Meah dari Persatuan Seni Silat Penaga; Maria Pakian dari Persatuan Nillai Kalakki Silambam dan Datuk Peng Chye Khim yang merupakan Ketua Jurulatih Peng Shaolin.
- Comments:
- Category: Misc

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
utusanpenang @ yahoo.com
PULAU PINANG 23 Jan. – Orang Melayu di negeri ini bakal terjerumus ke ambang kehancuran jika mereka masih berpecah belah dan bertelingkah sesama sendiri.
Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tan Sri Omardin Mauju berkata, kebimbangan itu berasas kerana ketika ini orang Melayu Pulau Pinang sudah menjadi golongan minoriti walaupun satu ketika dahulu merupakan masyarakat terawal yang mendiami negeri ini.
“Jiwa saya terusik melihat perpecahan yang sedang melanda dan saya menyeru supaya ambillah iktibar terhadap apa yang telah berlaku kepada Empayar Kesultanan Melayu Melaka yang gah pada zaman dahulu tetapi akhirnya berkubur.
“Justeru, saya berharap kita tidak lagi berpecah belah kerana ia merugikan bangsa sendiri,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pertauliahan Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga), di sini hari ini.
Turut hadir, pengasasnya Sabarudin Ahmad dan penyanyi, Awie serta pelakon, Farid Kamil.
Menurut Omardin, dia berani menyebut perkara itu kerana beliau mempunyai banyak pengalaman di negeri ini dan melihat sendiri perubahan-perubahan yang berlaku kepada orang Melayu.
“Sejak 1972 lagi saya bertapak di sini dengan mengasaskan pertubuhan silat di Jalan Kastam ketika itu dan ramai orang Melayu pada masa itu yang menyertainya.
“Namun pada hari ini, mereka melarikan diri dari negeri ini dan ramai yang menetap di negeri jiran seperti Kedah,” katanya.
Baru-baru ini, Sasterawan Negara, Prof. Muhammad Salleh turut menyuarakan kebimbangannya tentang situasi tersebut apabila semakin ramai orang Melayu di negeri ini memilih untuk menetap di kawasan seperti Kulim dan Sungai Petani di Kedah.
Sehubungan itu, Omardin menyeru orang Melayu di negeri supaya kembali bersatu dengan menyertai pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengelak perpecahan.
Pada majlis itu juga, Pertiga turut memperkenalkan kad insurans Skim Kelompok Mesra MAA Takaful untuk lebih 10,000 ahlinya di seluruh negara.
Kad itu antara lain memberi perlindungan kepada ahli dengan perlindungan insurans seperti bayaran jika menerima rawatan di wad, kemalangan, khairat kematian sebanyak RM3,000 dan bayaran RM30,000 kepada waris jika ahli meninggal dunia.
Sila Klik Untuk Galeri Gambar Perasmian Majlis Pertauliahan Pertiga Malaysia
- Comments:
- Category: Misc
| Tarikh | : 23/01/2012 | |
| Lokasi | : Kediaman Rasmi TYT Gabenor Negeri Pulau Pinang | |
| Rujukan | : Facebook YM Mahaguru Tan Sri Datuk Wira Hj. Omardin Mauju |
- Comments:
- Category: Misc

Oleh TERMIZI CHE ANUAR
pengarang @ utusan.com.my
KUALA LUMPUR 21 Jan. - Orang Melayu harus bersatu demi survival bangsa dan melupakan agenda politik, kata Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, Tan Sri Omar Din Mauju.
Justeru, kata Beliau, semua orang Melayu perlu bersatu, khususnya dalam hal-hal melibatkan kepentingan serta hak mereka.
"Melayu tidak akan lagi menjadi bangsa kuat jika terus berpecah. Justeru, saya merayu kepada semua orang Melayu untuk bersatu dan melupakan agenda politik demi survival bangsa ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan majlis penyampaian selempang dan watikah anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Kebudayaan Warisan Selendang Merah (Perwira) di sini semalam.
Pada majlis tersebut, Omar turut dianugerahkan Selempang Penasihat Kehormat Perwira daripada Presiden Perwira Malaysia, Omar Talib dan seterusnya dilantik menjadi Penasihat Kehormat Perwira Malaysia.
Tambah Omar, jika bangsa Melayu terus berpecah, tidak mustahil kuasa yang dimiliki sekarang akan hilang daripada genggaman
- Comments:
- Category: Misc
| Tarikh | : 19/01/2012 | |
| Lokasi | : Kediaman YM Mahaguru Tan Sri Datuk Wira Hj. Omardin Mauju | |
| Rujukan | : Facebook YM Mahaguru Tan Sri Datuk Wira Hj. Omardin Mauju |
Jabatan Filem Negara Menemuramah Yang Mulia Mahaguru Tan Sri Datuk Wira Hj. Omardin Mauju Mengenai Diri Beliau & Sejarah Silat Lincah.
- Comments:
- Category: Misc
| Tarikh | : 16/01/2012 | |
| Lokasi | : Hotel Grand Season Kuala Lumpur | |
| Rujukan | : Facebook YM Mahaguru Tan Sri Datuk Wira Hj. Omardin Mauju |
Mesyuarat Ahli-Ahli Majlis Tinggi Untuk Persiapan Perhimpunan Malam Pendekar 1 Malaysia, Yang Akan Diadakan Pada 24 Januari 2012, 8 malam, Di Anjung Times Square Pulau Pinang.
- Comments:
- Category: Misc

- Comments:
- Category: Misc
| Tarikh | : 07/01/2012 | |
| Lokasi | : Kediaman YM Mahaguru Tan Sri Datuk Wira Hj. Omardin Mauju | |
| Rujukan | : Facebook YM Mahaguru Tan Sri Datuk Wira Hj. Omardin Mauju |
- Comments:
- Category: Misc
| Tarikh | : 07/01/2012 | |
| Lokasi | : Kediaman YM Mahaguru Tan Sri Datuk Wira Hj. Omardin Mauju | |
| Rujukan | : Facebook YM Mahaguru Tan Sri Datuk Wira Hj. Omardin Mauju |
- Comments:
- Category: Misc
|
|
|
|



