Friday, 14 November, 2008 3:27 PM

Sektor
Pautan / Link

 

 

 

  Mukadimah

Salam Jebat Salam Panglima,Semangat Jebat Semangat Pewira,Inilah Hakikat Yang Kami Bawa,Silat Lincah Pusaka Bangsa................. Silat Lincah adalah satu aliran perguruan seni silat tempur di Malaysia dengan nama PERTUBUHAN SENI SILAT LINCAH MALAYSIA (PSSLM) .Pertubuhan yang dipimpin oleh YM. MAHAGURU DATO' HAJI OMARDIN BIN MAUJU ini yang bergerak aktif sejak didaftarkan pada tahun 1969, bukan sahaja dikenali di Malaysia sebaliknya berjaya mengembangkan sayap ke beberapa negara luar termasuk England, Belgium, New Zealand, Holland, Perancis, Madagascar dan yang terbaru di Korea Selatan, Iran, Iraq dan Syria. PSSLM sudah pun mempunyai keanggotaannya seramai lebih dari 800 000 orang ahli di pelusuk tanah air dan tercatat dalam buku Malaysia Book Of Record terbitan tahun 1998 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohammad pada Disember 1998, sebagai sebuah pertubuhan ilmu mempertahankan diri yang mempunyai “Keanggotaan Terbanyak dan Terunggul” . Untuk mencipta sejarah kegemilangan Silat Lincah ini bukannya satu usaha yang mudah.

 

Renungan

"Manusia tanpa ilmu manusia itu buta,
Manusia tanpa harta manusia sengsara,
Manusia tanpa agama manusia binasa,
Manusia tanpa maruah manusia hina"


-Amanat YM Mahaguru Dato' Haji Omardin Bin Mauju
Mahaguru Dan Pengasas
Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia

 

Tahniah!! kepada Mahaguru Dato' Haji Omardin Bin Mauju kerana telah menerima anugerah "Living Legend of Martial Arts" sempena Kongres Keamanan Dunia (WPC) ke-18 dan Festival Seni Bela Diri Antarabangsa (IMAF) 2008.

 

 BERITA SENI SILAT LINCAH MALAYSIA

 

 

Pengumuman

Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Peringkat Kebangsaan 2008

Tarikh : 28-30 November 2008

Tempat : Pulau Pinang

 

 

Abdullah, Najib terima anugerah


Harian Metro, Sabtu, 1 November 2008

Teraju utama keamanan

Subang Jaya: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dikurniakan Anugerah Presendential Medal Of Honour sempena Kongres Keamanan Dunia (WPC) ke-18 dan Festival Seni Bela Diri Antarabangsa (IMAF) 2008.
Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak, pula menerima Global Leadership Award dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib, dikurniakan International Leadership Award.
Manakala Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, Datuk Haji Omardin Mauju menerima Living Legend of martial Arts; Datuk Chee Kok Wing (International Platinum Award For Peace); Datuk Ramlan Merican Naina Marican (Global Platinum Award) dan Prof Dr Mahaguru Zahalan Man (International Men of Peace Award).
Muhammad menerima anugerah bagi pihak Abdullah dan Najib.
Anugerah itu diberi kerana sumbangan mereka kepada misi integrasi menjadikan negara ini teraju utama negara aman dunia.
Presiden International Association of Educators for World Peace (IAEWP), Prof Dr Charles Mercieca, berkata persidangan atau festival selama tiga hari di negara ini mencapai objektifnya.
"Kira-kira 1,000 perwakilan dari 120 negara duduk semeja berbincang serta bertukar pendapat memupuk semangat cintakan keamanan.
"Ini termasuk memupuk semangat di kalangan pelajar sekoleh rendah," katanya selepas menyampai anugerah di Sunway Resort Hotel & Spa dan Sunway Piramid Convention Centre, Di sini.

Tokoh silat negara diiktiraf

 

Megat Zulkarnain dilantik Naib Presiden WoMAU bagi penggal ketiga

KOREA SELATAN: Malaysia terus mendapat kepercayaan pada peringkat antarabangsa apabila sekali lagi dipilih menyandang jawatan Naib Presiden Kesatuan Seni Bela Diri Dunia (WoMAU) bagi penggal ketiga berturut-turut.

Delegasi Malaysia yang diwakili Megat Zulkarnain Omardin mendapat undian tertinggi, 26 undian daripada 29 delegasi negara keanggotaan WoMAU selepas bersaing sengit dengan empat pencalonan iaitu Indonesia, Bulgaria, Australia dan Sudan.

Beliau yang juga Ketua Kontinjen Silat Lincah Malaysia, berkata sebanyak empat negara mencalonkan Malaysia bagi jawatan itu untuk tiga tahun akan datang.

"Ini adalah kejayaan Malaysia, khususnya bagi menaikkan martabat kita pada peringkat antarabangsa dan ia tanggungjawab besar untuk dipikul bagi menaikkan nama baik negara.

"Kepercayaan komuniti antarabangsa itu berdasarkan kepercayaan pada kecemerlangan, pandangan dan gerak kerja yang kita usahakan selama ini pada peringkat antarabangsa," katanya selepas Persidangan Agung Kesatuan Seni Bela Diri Dunia (WoMAU) 2008, di Dewan Bandar Raya Chung-ju, di sini, semalam.

Semalam, persidangan itu turut menerima keanggotaan Bokator dari Kemboja dan Hulei Taigiquan dari China, menjadikan jumlah penyertaan kini sebanyak 34 negara.

Sementara itu, mengulas penganjuran Festival Seni Pertahanan Diri Antarabangsa Kuala Lumpur 2009, beliau berkata, mesyuarat eksekutif WoMAU sebulat suara bersetuju membenarkan Malaysia meneruskan penganjuran Klimax 2009 pada Julai tahun depan bersempena Festival Kuala Lumpur 2009 yang dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

 

 

 

 

 

World Martial Art Festival 2008

Gambar Aksi Jurulatih Yang Mewakili Lincah ke Chung-ju, Korea Selatan 2 Oktober- 10 Oktober 2008


Aksi kontinjen Silat Lincah dapat perhatian di Korea

Berita Harian, Selasa 7hb Oktober 2008

CHUNGJU: Kontinjen Silat Lincah negara menukar strategi semalam dengan menggunakan lebih banyak aksi serangan udara sebagai usaha menjadikan persembahan mereka lebih menarik untuk ditonton golongan muda pada Festival Seni Pertahanan Diri Dunia 2008, di sini.

Walaupun aksi pada persembahan kedua itu tidak terlalu berbahaya berbanding persembahan pertama namun mereka mendapat tepukan gemuruh penonton dan ada antara mereka yang menunggu di belakang pentas untuk bergambar dengan pesilat sebaik persembahan tamat.

Timbalan Ketua Jurulatih Kanan Negeri Sembilan, Muhammad Helmy Khalid Khairuddin, berkata pihaknya turut menerima pujian daripada kontinjen Kanada dan Ukraine yang berpuas hati pada aksi itu walaupun terlepas persembahan pembukaan kontinjen Silat Lincah negara kelmarin.

Katanya, persembahan kontinjen negara kali ini lebih baik jika dibandingkan persembahan kelmarin kerana suhu yang tidak terlalu sejuk serta masa yang lebih banyak diperuntukkan pihak penganjur membolehkan lebih banyak aksi dapat dipersembahkan.

 

 

 

 

Rumah terbuka Silat Lincah di Korea

 


Berita Harian 6hb Oktober 2008

Rai Aidilfitri bersama peserta Festival Seni Pertahanan Diri

KOREA SELATAN: Pengalaman pertama kali menyambut Aidilfitri di perantauan tidak menghalang kontinjen Silat Lincah negara menganjurkan rumah terbuka pada Festival Seni Pertahanan Diri Dunia 2008, di Chungju.

Seramai 50 jemputan terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Tertinggi Kesatuan Seni Bela Diri Dunia (WoMAU), wakil dari University of Chungju, penganjur festival dan wakil kontinjen dari negara yang menyertai festival tahun ini menghadiri rumah terbuka yang diadakan di kediaman rasmi kontinjen Silat Lincah negara.

Ketua Pesilat Lincah ke Korea Selatan, Mohamad Hairil Mohamad Tanuri, berkata ia sebahagian usaha untuk memperkenalkan budaya, warisan dan adat rakyat Malaysia menyambut Aidilfitri kepada masyarakat antarabangsa.

Beliau berkata, walaupun diadakan dalam keadaan serba kekurangan kerana sukar memperoleh bekalan makanan halal, kontinjen negara masih mampu menyediakan hidangan utama seperti rendang daging, sambal ayam, nasi himpit dan kuih raya.

“Cadangan ini timbul apabila kontinjen sampai di sini pada hari raya kedua kerana kita tidak puas menyambut Aidilfitri di tanah air dan kesempatan pertama kali menyertai festival ketika Aidilfitri tidak boleh dilepaskan,” katanya

Kontinjen negara memakai baju Melayu bagi perkenalkan budaya dan menghidangkan masakan tradisional Aidilfitri.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Agung WoMAU, Cheon Jeong Yeop dan wakil University Of Chungju, Profesor An Kyoung-Mo.

Mengulas persembahan sulung kontinjen silat lincah negara, petang kelmarin, Mohamad Hairil, berkata strategi pasukan Malaysia untuk beraksi dengan senjata tajam iaitu parang dan keris berjaya memukau 8,000 pengunjung dan media tempatan.

Katanya, ia adalah kelainan yang ditunjukkan kerana hanya pesilat lincah negara menggunakan senjata sebenar dalam pertunjukan berbanding lapan negara lain yang mengadakan persembahan pada hari sama.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

Laman ini dibangun dan diselenggarakan oleh Bahagian Penerbitan & Multimedia, Jabatan Penerangan, Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia PSSLM @ hakcipta terpelihara 2006 (penerangan )